IMAM Abu Daud (wafat 275H) meriwayatkan sebuah kisah apabila Nabi SAW menghantar satu pasukan ketenteraan. Apabila mereka bertemu dengan musuh, maka berlaku pertempuran dan sebilangan daripada golongan sahabat tercedera. Salah seorang yang tercedera teruk daripada mereka bermimpi (dan perlu mandi hadas), maka dia bertanya kepada sahabat yang lain adakah dia masih wajib untuk mandi dalam keadaan kecederaan yang teruk itu?
Mereka menjawab dia perlu mandi dan menyebabkan beliau meninggal dunia. Hal ini dibawa ke pengetahuan Nabi SAW dan Baginda SAW memberikan satu ancaman yang agak berat: “Mereka membunuh dia, semoga ALLAH membunuh mereka. Ubat kejahilan itu adalah dengan bertanya. Cukuplah baginya hanya bertayamum atau memercikkan sedikit air…” (Sunan Abu Daud: hasan)
Kejahilan adalah penyakit
Nabi SAW dalam hadis di atas dengan jelas menjadikan kejahilan sebagai satu penyakit yang perlu diubati. Oleh yang demikian, bagaimana terdapat segelintir manusia yang melihat persoalan dan meminta penjelasan sebagai satu ‘jenayah’ dan terkeluar daripada adab Islam?
ALLAH ada menyifatkan keadaan ahli neraka: “Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”. (Surah Al-Mulk: 10)
Kata Ibn Qayyim al-Jawziyah (wafat 751H): ‘ALLAH SWT menyifatkan ahli neraka sebagai kelompok jahil. Mereka itu telah terhalang daripada sampai kepada jalan ilmu”. Beliau menyambung: ‘Mereka itu tidak mendengar (perbahasan ilmu) dan tidak berfikir”. (Miftah Dar al-Saadah, m/s 59)
Masyarakat Malaysia pada hari ini bukanlah lagi masyarakat yang sama 10 atau 20 tahun yang lalu. Bukan menjadi satu tradisi bahkan ia dianggap tidak ‘beradab’ untuk meminta penjelasan atas sebarang persoalan agama satu masa dahulu.
Ini bukanlah apa yang diajar dalam Islam. Islam adalah sebuah agama yang menjunjung tinggi nilai intelektual manusia. Manusia mempunyai akal yang berfungsi bukan sahaja menerima dan memahami isu, bahkan ia berfungsi untuk menganalisis setiap maklumat yang diterima. Islam tidak menghalang persoalan dan sesiapa sahaja yang inginkan penjelasan.
Ini dapat dilihat dengan jelas ketika berlaku perbincangan di antara Nabi SAW dan al-Hubab bin al-Munzir yang bertanyakan sama ada pemilihan tempat terbabit adalah wahyu daripada ALLAH atau taktik peperangan peribadi Baginda SAW. Apabila ia diterangkan oleh Baginda SAW sebagai taktik peperangan sahaja, al-Habib bin al-Munzir mencadangkan alternatif yang lebih baik untuk ditimbangkan oleh Nabi SAW dan diterima oleh Baginda SAW. (Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri. al-Rahiq al-Makhtum, ms 191, hasan)
Kisah di atas dengan jelas Nabi SAW dengan terbuka menerima dan memberikan respons kepada soalan yang diajukan. Lebih dari itu, baginda tidak bermasalah mengambil pandangan sahabat tersebut.
Amat pelik apabila ada yang menghukum pertanyaan kepada ulama dan ustaz dilabelkan tidak beradab? Adakah pendengar kuliah agama hanya perlu mendengar, menerima tanpa ada ruang berfikir, bertanya dan berbeza pandangan?
Adakah sistem beragama yang kita ingin bina adalah sebuah sistem yang beku tanpa nilai ilmiah? Bukanlah semua perkara perlu dipersoalkan sekiranya ia telah jelas dengan nas kitab dan sunnah, tetapi untuk melarang tanpa sebab bahkan menggunakan pentas agama melarang perkara tersebut disifatkan tidak wajar.
Keadaan ini, selain daripada menghina nilai intelek seorang Muslim, ia juga dilarang oleh ALLAH: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat ALLAH), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan ALLAH) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”. (Surah Al-A’raf: 179)
Menyambung kembali isu ini, Ibn Qayyim menegaskan bahawa ahli neraka gagal menggunakan medium penglihatan, pendengaran dan akal bagi memproses maklumat serta kebenaran. ALLAH telah mencela kelompok sebegini dengan banyak perumpamaan termasuk kedai yang menanggung kitab (buku), persamaan sifat dengan haiwan ternakan dan pemilik hati yang tertutup serta telinga yang pekak.
Perkara ini penting bagi mengelakkan lambakan penceramah yang kerap memenuhkan ucapan mereka dengan cerita-cerita yang pelik dan tidak munasabah. Islam tidak memerlukan kisah-kisah mistik yang membuatkan pendengar terkesima.
Islam dibina di atas dua sumber utama, Quran dan Sunnah. Keduanya tidak berubah, kerana ia adalah hak mutlak ALLAH dan Nabi SAW. Islam tidak menjadi lebih kukuh dengan lambakan lawak, gurau senda, kisah-kisah mistik yang tidak diketahui kesahihan, lawatan peribadi Nabi SAW dengan ustaz-ustaz tertentu sama ada dalam mimpi dan sedar dan bermacam lagi. Islam sudah sempurna dalam perbahasan akidah, ibadah, akhlak dan targhib dan tarhib.
Oleh yang demikian, para penceramah perlu bersiap sedia dengan kemahiran menilai maklumat yang diambil atau dikatakan diambil daripada Quran dan Sunnah.
Adalah tidak munasabah, apabila penceramah menceritakan cerita dan membentangkan maklumat dengan bersandar ia datang daripada guru, syeikh atau diambil daripada kitab (buku) itu dan ini. Ia bukan perkara yang baru. Ia telah diingatkan oleh Nabi SAW, dengan sabda Baginda SAW: “Cukuplah seseorang itu menjadi pembohong, apabila dia menceritakan apa sahaja yang didengari”. (Sahih Muslim)
Islam tidak sepatutnya dinilai dengan harga yang murah tanpa ada usaha sedikit memahami, menilai dan membandingkan sumber-sumber dan pendapat yang wujud.
Ada yang bertanyakan: mengapa kita kebanjiran penceramah yang suka menceritakan kisah-kisah sebegitu?
Supply dan demand terhadap golongan penceramah gaya itu oleh masyarakat adalah penyebab bagi masalah kebanjiran tersebut. Masyarakat perlu membuang sikap hedonisme dalam agama. Pendengar ceramah agama cenderung untuk menjemput penceramah yang dipenuhi lawak dan cerita-cerita mistik yang bukan-bukan.
Sekiranya mereka bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbincangan serius dan ilmiah, maka, demand bahkan kehadiran penceramah qussas dan wu’adz dapat dielakkan. Masyarakat perlu berani berubah, ini Islam milik ALLAH bukan mainan jualan penglipur lara.
Abu Hafiz Salleh Hudin
BA IRKHS (Quran & Sunnah) UI AM
MA Islamic Studies (SOAS), Univesity of London
(Sinar Harian. Abu Hafiz Salleh Huddin. 25 April 2014)