Tuesday, August 23, 2011

Penghuni Syurga

Manusia tidak boleh menafikan tentang kewujudan alam ghaib. termasuk syurga dan neraka. Di dalam al-Quran sendiri telah menyebut tentang nama-nama syurga dan neraka termasuk golongan penghuninya. Allah SWT telah mencipta 8 buah syurga yang mempunyai tarafnya sendiri iaitu syurga Firdaus, 'Adn, Na'im, Ma'wa, Darussalam, Darul Muaaqamah, Al-Muqqamul Amin dan juga Khuldi. Siapakah pula penghuninya? Rasulullah SWA pernah menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud : "Mahukah kalian aku beritahu siapakah di antara kalian yang menjadi penghuni syurga? Nabi berada di syurga. Orang yang jujur berada di syurga. Orang yang syahid berada di syurga. Orang yang mengunjungi saudaranya di pinggiran kota dan ia tidak mengunjunginya kecuali kerana Allah berada di syurga. Dan wanita-wanita kalian menjadi penghuni syurga adalah wanita-wanita yang penyayang yang melahirkan anak banyak. Jika suaminya marah atau ia sendiri marah, maka ia segera meletakan tangannya di atas tangan suaminya lalu berkata : 'saya tidak boleh tidur nyenyak hingga engkau reda kepadaku." (Riwayat An-Nasa'i)

>>Dara.com, m/s 77, edisi 108-jun 2011<<

No comments:

Post a Comment