Manusia tidak boleh menafikan tentang kewujudan alam ghaib. termasuk syurga dan neraka. Di dalam al-Quran sendiri telah menyebut tentang nama-nama syurga dan neraka termasuk golongan penghuninya. Allah SWT telah mencipta 8 buah syurga yang mempunyai tarafnya sendiri iaitu syurga Firdaus, 'Adn, Na'im, Ma'wa, Darussalam, Darul Muaaqamah, Al-Muqqamul Amin dan juga Khuldi. Siapakah pula penghuninya? Rasulullah SWA pernah menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud : "Mahukah kalian aku beritahu siapakah di antara kalian yang menjadi penghuni syurga? Nabi berada di syurga. Orang yang jujur berada di syurga. Orang yang syahid berada di syurga. Orang yang mengunjungi saudaranya di pinggiran kota dan ia tidak mengunjunginya kecuali kerana Allah berada di syurga. Dan wanita-wanita kalian menjadi penghuni syurga adalah wanita-wanita yang penyayang yang melahirkan anak banyak. Jika suaminya marah atau ia sendiri marah, maka ia segera meletakan tangannya di atas tangan suaminya lalu berkata : 'saya tidak boleh tidur nyenyak hingga engkau reda kepadaku." (Riwayat An-Nasa'i)
>>Dara.com, m/s 77, edisi 108-jun 2011<<
Ku syukuri di atas nikmat Illahi.. menganugerahkanku nafas di bumi ini..nikmat alam ciptaan-Nya buat santapan Zahiri... menyentuh Rohani.. Lembut..HEBAT!!nya Kebesaran,Kekuasaan Pencipta semesta.."Dia Maha Mengetahui kehendak makhluk-Nya.. Cantik! Indah! Agung kebesaran-Mu.. Aku hamba teruja!...ya Allah,Sesungguhnya tiada yang layak disembah,melainkan hanya Engkau ya Rabbul Izzati :)
Tuesday, August 23, 2011
Saturday, August 13, 2011
Palestin the land of Jihad
Palestin merupakan tanah yang dirahmati Allah. Ianya merupakan kiblat pertama umat Islam sejak solat diwajibkan pada malam Isra' dan Mi'raj. Sehinggalah Allah memerintahkan Rasulullah SAW menghadap ke arah Masjidil Haram sebagai kiblat selepas Masjidil Aqsa dengan Firman Allah:
"Dan dari mana sahaja kamu (Muhammad) berangkat,
maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram.
Dan di mana sahaja kamu berada,
maka palingkanlah wajahmu ke arahnya"
(al-Baqarah: 150)
Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasmi tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram israel. Nakhbah sendiri bermaksud "Malapetaka atau bencana besar". Peristiwa ini bermula dengan terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.
Siapa manusia yang tidak marah dan tidak geram melihat kebiadaban Israel yang secara jelas sekali terpampam di TV?. Siapapun manusia yang tidak marah dan tidak geram, maka orang itu tidak punya hati nurani! Tidak usah menjadi seorang muslim, untuk menyatakan tindakan israel itu biadab, seorang kristien, seorang hindu bahkan seorang komunis, kalau dia masih manusia yang mempunyai hati nurani, pasti orang itu akan marah dan geram.
Tapi marah dan geram sahaja tidak menyelesaikan masalah. Israel tetap saja biadab. Amerika, Eropah dan Australia tetap saja menjadi penonton dan dimana perlu siapsiaga menjadi pendukung Isrel! Itu adalah kenyataan! Itulah realiti yang nyata! Dan kita umat manusia Khususnya umat Islam harus menerima kenyataan itu apa adanya! Kita tidak boleh berandai-andai. Realiti yang keras dan menyakitkan hati, memang begitu!!!
Apa yang terjadi di Gaza sekarang hanyalah pengulangan terhadap apa yang dialami Yaser Arafat dan PLO-nya dua puluh tahun yang silam di Yordania dan di Labanon yang dikenali senagai "september hitam".
SAMA-SAMA RENUNGKAN...
Subscribe to:
Posts (Atom)