Saturday, December 10, 2011

Syukur "Harta di Tangan, Akhirat di Hati

Walaupun harta di tangan , tetapi akhirat tetap menjadi matlamatnya. Itulap prinsip hidup orang kaya yang bertakwa. Hati mereka lebih qanaah, lebih bersyukur daripada orang miskin yang tidak bertaqwa.
    Ironinya, ada juga orang miskin dan tidak mempunyai harta, tetapi ketamakan, kedengkian, kemarahan dan sifat-sifat negatif yang lain menguasai hati mereka. Sudahlah mereka ini miskin hartanya, miskin pula jiwanya. Ya, Allah tidak melarang kita meraih harta dunia dengan syarat hati kita tidak terpaut dengannya (harta duniawi) dan cara kita mendapatkan serta membelanjakan mestilah "halalan tayyiban" (halal dan baik)
     Orang yang bertaqwa sentiasa mendapat taufik dan hidayah, sama ada mereka dalam keadaaan berharta mahupun tidak. Mereka sentiasa menjiwai pesan Allah ini, mafhumnya:
     "Negeri Akhirat itu kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan (maksiat) di muka bumi, dan kesudahan (yang baik) itu (syurga) adalah bagi orang yang bertakwa." (Surah al-Qasas 28:83)
      Dalam menguruskan harta, jiwa mereka sentiasa takut, berharap serta bimbang sekiranya Allah berpaling daripada kehidupan mereka. Justeru, dalam konteks ini Rasulullah s.a.w telah mengajar doa ini, mafhumnya:
      " Ya Allah, janganlah Engkau jadikan malapetaka (kerosakan) yang menimpa kami dalam agama kami, dan janganlah Engkau jadikan dunia (harta dan kedudukan) sebagai tujuan utama kami." (Riwayat al-Tarmizi)

Solusi isu #37_m/s 20-21

No comments:

Post a Comment