Sunday, February 5, 2012

Hikmah Wanita Dikurangkan Akal dan Dilebihkan Nafsu

            Wanita tidak hanya lemah segi fizikal, tapi umumnya lemah juga di segi akal. Ini adalah ketentuan Allah dan dibuktikan oleh sabda Nabi s.a.w., maksudnya; "Hai para wanita!, bersedekahlah kamu dan perbanyaklah istighfar (memohon ampun dan bertaubat kepada Allah), kerana aku melihat majoriti ahli neraka kaum wanita." Salah seorang wanita bertanya; "Mengapa demikian ya Rasulullah." jawab Rasulullah s.a.w.; "Ialah kerana kamu banyak melaknat (mencaci maki dan mengomel-ngomel) suami kamu dan tidak memandang besar kebaikan yang diberikan oleh suami kamu. sesungguhnya, aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan ibadah dapat mengatasi yang lebih akal dan agama melebihi kamu (wanita)." Wanita itu bertanya lagi; "Apakah tanda kaum wanita kekurangan akal dan agama?." Jawab Rasulullah s.a.w.; "Kesaksian dua wanita menyamai satu lelaki, itu tanda kurang akal. Beberapa hari (dalam sebulan) kamu tidak solat (kerana haid), itu tanda kurang agama." -(Riwayat Muslim dari Ibnu Umar).
Dalam keterangan hadis yang lain Rasulullah s.a.w. menyebut bahawa, "Wanita mempunyai kelebihan nafsu 90 peratus dan akal cuma 10 peratus. Sementara lelaki mempunyai kelebihan akal 90 peratus dan nafsu cuma 10 peratus."
          Oleh kerana wanita lebih nafsu dan kurang akal, maka wajar sekali mereka perlukan pimpinan golongan yang cerdik dan lebih akal (lelaki), yang mampu menunduk dan memimpin nafsu mereka. barulah mereka menjadi seorang yang cantik akhlaknya, sensetif dengan Allah dan menjadi penyeri kepada dunia ini.
              Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya; "aku ingin ceritakan kepada kamu tentang sebaik-baik barang yang berharga yang patut disimpan, iaitu wanita yang baik apabila dilihat oleh suaminya menyenangkan hati. Apa yang diperintah oleh suaminya ditaati. Apabila suaminya tidak ada di rumah, dia memelihara maruahnya..." -(Riwayat Abu Daud)
           Wanita yang berjaya ditundukkan nafsunya sahaja yang bersifat menyenangkan hati dan mentaati suami serta menjaga maruahnya ketika suaminya tidak ada di rumah atau ketika di belakang suami. Akan tetapi, wanita yang menurut hawa nafsu bersikap sebaliknya.

No comments:

Post a Comment