Saturday, December 10, 2011

Syukur "Harta di Tangan, Akhirat di Hati

Walaupun harta di tangan , tetapi akhirat tetap menjadi matlamatnya. Itulap prinsip hidup orang kaya yang bertakwa. Hati mereka lebih qanaah, lebih bersyukur daripada orang miskin yang tidak bertaqwa.
    Ironinya, ada juga orang miskin dan tidak mempunyai harta, tetapi ketamakan, kedengkian, kemarahan dan sifat-sifat negatif yang lain menguasai hati mereka. Sudahlah mereka ini miskin hartanya, miskin pula jiwanya. Ya, Allah tidak melarang kita meraih harta dunia dengan syarat hati kita tidak terpaut dengannya (harta duniawi) dan cara kita mendapatkan serta membelanjakan mestilah "halalan tayyiban" (halal dan baik)
     Orang yang bertaqwa sentiasa mendapat taufik dan hidayah, sama ada mereka dalam keadaaan berharta mahupun tidak. Mereka sentiasa menjiwai pesan Allah ini, mafhumnya:
     "Negeri Akhirat itu kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan (maksiat) di muka bumi, dan kesudahan (yang baik) itu (syurga) adalah bagi orang yang bertakwa." (Surah al-Qasas 28:83)
      Dalam menguruskan harta, jiwa mereka sentiasa takut, berharap serta bimbang sekiranya Allah berpaling daripada kehidupan mereka. Justeru, dalam konteks ini Rasulullah s.a.w telah mengajar doa ini, mafhumnya:
      " Ya Allah, janganlah Engkau jadikan malapetaka (kerosakan) yang menimpa kami dalam agama kami, dan janganlah Engkau jadikan dunia (harta dan kedudukan) sebagai tujuan utama kami." (Riwayat al-Tarmizi)

Solusi isu #37_m/s 20-21

Kaya berpada dengan Qanaah

     Renungi dialog antara Rasulullah s.a.w dengan Abu Zar ini. Rasulullah berkata kepada Abu Zar: "Wahai Abu Zar, adakah engkau memandang bahawa banyaknya harta itu kaya?"
     "Betul", jawab Abu Zar.
Baginda bertanya lagi: "Adakah engkau memandang bahawa sedikitnya harta itu bererti fakir?"
     "Betul", Abu Zar menjawab dengan jawapan yang serupa.
Lantas Baginda pun bersabda yang bermaksud: 
"Sesungguhnya yang dinamakan kaya (ghani) kayanya hati (hati yang selalu berasa cukup). sedangkan fakir adalah fakirnya hati (hati yang selalu berasa tidak puas)". (Riwayat Ibnu Hibban).
      Hati yang berasa puas dengan apa yang ada ialah hati yang qanaah. Qanaah bukan bererti kita malas atau acuh tidak acuh dalam mencari rezeki, tetapi berasa cukup terhadap apa-apa jua hasilnya setelah berusaha sedaya upaya. Hati mereka tidak tercalarpun oleh rasa bimbang, putus asa, kecewa dan marah sekalipun rezeki yang mereka miliki tidak seberapa. Inilah yang dikatakan qanaah.Dan itulah kaya yang sebenarnya kerana kualiti jiwa tidak akan tergugat oleh kuantiti harta.
       Rasulullah s.a.w telah menggambarkan keadaan orang yang dikurniakan sifat qanaah ini melalui sabdanya  yang bermaksud: "sesiapa daripada kamu yang berasa aman di rumahnya, sihat tubuh badannya dan memiliki makanan untuk hari itu, maka seakan-akan telah dikumpulkan untuknya dunia beserta isinya." (Riwayat al-Tirmizi)
        Jika inilah syarat dan uquran qanaah , bukankah ramai orang mampu memenuhinya? Namun sayang, sesetengah orang lebih daripada syarat itu telah pun dapat dipenuhi, namun jiwa masih tidak tenang. Mengapa ada sebahagian orang mampu berasa qanaah dan sebahagiannya tidak walaupun harta yang mereka miliki sama? mengapa?
        Ini kerana qanaah bukan soal luaran, tetapi soal dalaman. Ia bergantung kepada soal Iman; sejauh mana kita percaya  dan yakin soal rezeki daripada Allah dan cara Allah memberikannya kepada manusia.
        Rasulullah s.w.a bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah Yang Maha Luas lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hamba-Nya dengan rezeki yang telah diberikan kepadanya. Sesiapa yang reda dengan pembahagian Allah Azzawajalla, maka Allah Akan memberi keberkatan dan melapangkan rezeki tersebut untuknya. Dan sesiapa yang tidak reda (tida puas), nescaya rezeki tidak akan diberi keberkatan." (Riwayat Ahmad)


Solusi isu #37_ m/s 18-19

KAYA antara REALITI dan Ilusi

Pembangunan Material dalam Islam


-Pembangunan material atau pembangunan kebendaan merupakan suatu yang diimpikan oleh setiap manusia yang mendambakan kehidupan yang sentosa.


-mencapai kehidupan yang tenag, selesa dan tidak pernah ditegah oleh Islam.


-Islam menggalakan agar manusia berusaha bagi mencapai pembangunan kebendaan supaya manusia berusaha mencapai pembangunan kebendaan


-yang merangkumi (Kekayaan harta dan Wang Ringgit)
  
  Allah S.W.T menyebut di dalam al-Quran yang ber maksud: 
  "Carilah apa yang dianugerahkan Allah kepada kamu untuk kebahagiaan hari akhirat,     tapi janganlah kamu lupa bahagian kamu di dunia".  
                                                                                             (Surah al-Qasas:77)


 Keterangan: Islam tidak pernah menghalang manusia berusaha bagi memiliki harta dan kekayaan.Ini kerana fitrah manusia yang semula jadi menginginkan harta. Peranan agama adalah memandu manusia kearah mencapai apa yang diinginkan .Tanpa panduan Ilahi, manusia akan tersasar dari cara yang betul mencari kekayaan. Manusia sanggup menindas dan menceroboh antara satu sama lain.
Kesannya, akan berlaku porak peranda dalam kehidupan bermasyarakat.
Lantaran itu, Islam menghendaki agar harta yang dimiliki mestilah! deperolehi dengan cara yang betul serta turut digunakan dengan cara yang betul....


KESIMPULAN:Kaya Ilusi Musnah Tanpa Qanaah (http://preciouspearllynleen.blogspot.com/2011/12/kaya-berpada-dengan-qanaah.html), Sekalipun manusia cuba mencapai ketujuh-tujuh elimen kekayaan, kaya dalaman,kaya kesihatan, kaya perhubungan, kaya kerjaya, kaya legasi, kaya pengalaman, kaya ekonomi (http://preciouspearllynleen.blogspot.com/2011/12/tujuh-kategori-kaya.html), mereka tidak akan dapat menikmati kekayaan hakiki sekiranya mengambil selain daripada Allah sebagai pelindung (beriman kepada Allah dan rasul-Nya, mengambil hukum, peraturan, pengajaran serta hikmah yang digali daripada al-Quran sebagai panduan dalam mengatur seluruh kehidupan. Tidak ada ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan dengan menolak peraturan Allah.


Kaya Realiti Terhibur dengan Syukur (http://preciouspearllynleen.blogspot.com/2011/12/syukur-harta-di-tangan-akhirat-di-hati.html), orang yang kaya hati memiliki sifat yang syukur, yakni berasa segala hartanya ialah milik Allah dan menggunakan harta itu selaras dengan tujuan Allah mengurniakannya. Orang yang bersyukur sentiasa melihat "kelebihan", bukan pada "kekurangan". Sebaliknya, orang yang kufur (mengingkari nikmat Allah), hanya melihat pada kekurangan bukan pada kelebihan.



Tujuh Kategori Kaya

Dalam dunia yang moden ini kekayaan terbahagi kepada tujuh kategori:


1) KAYA DALAMAN
Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual dalaman.


2) KAYA KESIHATAN
Health is wealth (kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengjarnya.


3) KAYA PERHUBUNGAN
Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang sekeliling dalam keadaan yang baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan baik. Keluarga mesti diutamakan kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.


4) KAYA KERJAYA
Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kini. Kerjaya ialah wadah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri.


5) KAYA LEGASI
Buatlah sesuatu yang terus hidup selepas kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang bijaksana. Jangan sekadar hidup secara biasa-biasa sahaja tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.


6) KAYA PENGALAMAN
Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktiviti-aktiviti kemanusiaan, sukan, pelancongan dan lain-lain akan memberikan kita rasa "Kekayaan" yang sukar untuk digambarkan.


7) KAYA EKONOMI
Wang walaupun bukan perkara terpenting dalam hidup, tetapi ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia akan memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang kita boleh membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup.


Inilah tujuh elemen yang perlu ada untuk mencapai kekayaan realiti. Tanp ketujuh-tujuh elemen itu, manusia hanya akan mendapat kekayaan ilusi. Begitulah mengikut kajian manusia berdasarkan pengalaman, nasib dan realiti yang menimpa kehidupan manusia yang kaya-raya. Mengikut kajian barat, memiliki wang yang banyak bukanlah syarat utama untuk menjadikan seseorang itu kaya dalam erti kata yang sebenar.

Solusi isu #37_m/s17