Saturday, December 10, 2011

Syukur "Harta di Tangan, Akhirat di Hati

Walaupun harta di tangan , tetapi akhirat tetap menjadi matlamatnya. Itulap prinsip hidup orang kaya yang bertakwa. Hati mereka lebih qanaah, lebih bersyukur daripada orang miskin yang tidak bertaqwa.
    Ironinya, ada juga orang miskin dan tidak mempunyai harta, tetapi ketamakan, kedengkian, kemarahan dan sifat-sifat negatif yang lain menguasai hati mereka. Sudahlah mereka ini miskin hartanya, miskin pula jiwanya. Ya, Allah tidak melarang kita meraih harta dunia dengan syarat hati kita tidak terpaut dengannya (harta duniawi) dan cara kita mendapatkan serta membelanjakan mestilah "halalan tayyiban" (halal dan baik)
     Orang yang bertaqwa sentiasa mendapat taufik dan hidayah, sama ada mereka dalam keadaaan berharta mahupun tidak. Mereka sentiasa menjiwai pesan Allah ini, mafhumnya:
     "Negeri Akhirat itu kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan (maksiat) di muka bumi, dan kesudahan (yang baik) itu (syurga) adalah bagi orang yang bertakwa." (Surah al-Qasas 28:83)
      Dalam menguruskan harta, jiwa mereka sentiasa takut, berharap serta bimbang sekiranya Allah berpaling daripada kehidupan mereka. Justeru, dalam konteks ini Rasulullah s.a.w telah mengajar doa ini, mafhumnya:
      " Ya Allah, janganlah Engkau jadikan malapetaka (kerosakan) yang menimpa kami dalam agama kami, dan janganlah Engkau jadikan dunia (harta dan kedudukan) sebagai tujuan utama kami." (Riwayat al-Tarmizi)

Solusi isu #37_m/s 20-21

Kaya berpada dengan Qanaah

     Renungi dialog antara Rasulullah s.a.w dengan Abu Zar ini. Rasulullah berkata kepada Abu Zar: "Wahai Abu Zar, adakah engkau memandang bahawa banyaknya harta itu kaya?"
     "Betul", jawab Abu Zar.
Baginda bertanya lagi: "Adakah engkau memandang bahawa sedikitnya harta itu bererti fakir?"
     "Betul", Abu Zar menjawab dengan jawapan yang serupa.
Lantas Baginda pun bersabda yang bermaksud: 
"Sesungguhnya yang dinamakan kaya (ghani) kayanya hati (hati yang selalu berasa cukup). sedangkan fakir adalah fakirnya hati (hati yang selalu berasa tidak puas)". (Riwayat Ibnu Hibban).
      Hati yang berasa puas dengan apa yang ada ialah hati yang qanaah. Qanaah bukan bererti kita malas atau acuh tidak acuh dalam mencari rezeki, tetapi berasa cukup terhadap apa-apa jua hasilnya setelah berusaha sedaya upaya. Hati mereka tidak tercalarpun oleh rasa bimbang, putus asa, kecewa dan marah sekalipun rezeki yang mereka miliki tidak seberapa. Inilah yang dikatakan qanaah.Dan itulah kaya yang sebenarnya kerana kualiti jiwa tidak akan tergugat oleh kuantiti harta.
       Rasulullah s.a.w telah menggambarkan keadaan orang yang dikurniakan sifat qanaah ini melalui sabdanya  yang bermaksud: "sesiapa daripada kamu yang berasa aman di rumahnya, sihat tubuh badannya dan memiliki makanan untuk hari itu, maka seakan-akan telah dikumpulkan untuknya dunia beserta isinya." (Riwayat al-Tirmizi)
        Jika inilah syarat dan uquran qanaah , bukankah ramai orang mampu memenuhinya? Namun sayang, sesetengah orang lebih daripada syarat itu telah pun dapat dipenuhi, namun jiwa masih tidak tenang. Mengapa ada sebahagian orang mampu berasa qanaah dan sebahagiannya tidak walaupun harta yang mereka miliki sama? mengapa?
        Ini kerana qanaah bukan soal luaran, tetapi soal dalaman. Ia bergantung kepada soal Iman; sejauh mana kita percaya  dan yakin soal rezeki daripada Allah dan cara Allah memberikannya kepada manusia.
        Rasulullah s.w.a bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah Yang Maha Luas lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hamba-Nya dengan rezeki yang telah diberikan kepadanya. Sesiapa yang reda dengan pembahagian Allah Azzawajalla, maka Allah Akan memberi keberkatan dan melapangkan rezeki tersebut untuknya. Dan sesiapa yang tidak reda (tida puas), nescaya rezeki tidak akan diberi keberkatan." (Riwayat Ahmad)


Solusi isu #37_ m/s 18-19

KAYA antara REALITI dan Ilusi

Pembangunan Material dalam Islam


-Pembangunan material atau pembangunan kebendaan merupakan suatu yang diimpikan oleh setiap manusia yang mendambakan kehidupan yang sentosa.


-mencapai kehidupan yang tenag, selesa dan tidak pernah ditegah oleh Islam.


-Islam menggalakan agar manusia berusaha bagi mencapai pembangunan kebendaan supaya manusia berusaha mencapai pembangunan kebendaan


-yang merangkumi (Kekayaan harta dan Wang Ringgit)
  
  Allah S.W.T menyebut di dalam al-Quran yang ber maksud: 
  "Carilah apa yang dianugerahkan Allah kepada kamu untuk kebahagiaan hari akhirat,     tapi janganlah kamu lupa bahagian kamu di dunia".  
                                                                                             (Surah al-Qasas:77)


 Keterangan: Islam tidak pernah menghalang manusia berusaha bagi memiliki harta dan kekayaan.Ini kerana fitrah manusia yang semula jadi menginginkan harta. Peranan agama adalah memandu manusia kearah mencapai apa yang diinginkan .Tanpa panduan Ilahi, manusia akan tersasar dari cara yang betul mencari kekayaan. Manusia sanggup menindas dan menceroboh antara satu sama lain.
Kesannya, akan berlaku porak peranda dalam kehidupan bermasyarakat.
Lantaran itu, Islam menghendaki agar harta yang dimiliki mestilah! deperolehi dengan cara yang betul serta turut digunakan dengan cara yang betul....


KESIMPULAN:Kaya Ilusi Musnah Tanpa Qanaah (http://preciouspearllynleen.blogspot.com/2011/12/kaya-berpada-dengan-qanaah.html), Sekalipun manusia cuba mencapai ketujuh-tujuh elimen kekayaan, kaya dalaman,kaya kesihatan, kaya perhubungan, kaya kerjaya, kaya legasi, kaya pengalaman, kaya ekonomi (http://preciouspearllynleen.blogspot.com/2011/12/tujuh-kategori-kaya.html), mereka tidak akan dapat menikmati kekayaan hakiki sekiranya mengambil selain daripada Allah sebagai pelindung (beriman kepada Allah dan rasul-Nya, mengambil hukum, peraturan, pengajaran serta hikmah yang digali daripada al-Quran sebagai panduan dalam mengatur seluruh kehidupan. Tidak ada ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan dengan menolak peraturan Allah.


Kaya Realiti Terhibur dengan Syukur (http://preciouspearllynleen.blogspot.com/2011/12/syukur-harta-di-tangan-akhirat-di-hati.html), orang yang kaya hati memiliki sifat yang syukur, yakni berasa segala hartanya ialah milik Allah dan menggunakan harta itu selaras dengan tujuan Allah mengurniakannya. Orang yang bersyukur sentiasa melihat "kelebihan", bukan pada "kekurangan". Sebaliknya, orang yang kufur (mengingkari nikmat Allah), hanya melihat pada kekurangan bukan pada kelebihan.



Tujuh Kategori Kaya

Dalam dunia yang moden ini kekayaan terbahagi kepada tujuh kategori:


1) KAYA DALAMAN
Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual dalaman.


2) KAYA KESIHATAN
Health is wealth (kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengjarnya.


3) KAYA PERHUBUNGAN
Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang sekeliling dalam keadaan yang baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan baik. Keluarga mesti diutamakan kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.


4) KAYA KERJAYA
Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kini. Kerjaya ialah wadah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri.


5) KAYA LEGASI
Buatlah sesuatu yang terus hidup selepas kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang bijaksana. Jangan sekadar hidup secara biasa-biasa sahaja tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.


6) KAYA PENGALAMAN
Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktiviti-aktiviti kemanusiaan, sukan, pelancongan dan lain-lain akan memberikan kita rasa "Kekayaan" yang sukar untuk digambarkan.


7) KAYA EKONOMI
Wang walaupun bukan perkara terpenting dalam hidup, tetapi ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia akan memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang kita boleh membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup.


Inilah tujuh elemen yang perlu ada untuk mencapai kekayaan realiti. Tanp ketujuh-tujuh elemen itu, manusia hanya akan mendapat kekayaan ilusi. Begitulah mengikut kajian manusia berdasarkan pengalaman, nasib dan realiti yang menimpa kehidupan manusia yang kaya-raya. Mengikut kajian barat, memiliki wang yang banyak bukanlah syarat utama untuk menjadikan seseorang itu kaya dalam erti kata yang sebenar.

Solusi isu #37_m/s17

Thursday, September 22, 2011

Hawa dari Tulang Rusuk Adam


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.............:)

Tuesday, August 23, 2011

Penghuni Syurga

Manusia tidak boleh menafikan tentang kewujudan alam ghaib. termasuk syurga dan neraka. Di dalam al-Quran sendiri telah menyebut tentang nama-nama syurga dan neraka termasuk golongan penghuninya. Allah SWT telah mencipta 8 buah syurga yang mempunyai tarafnya sendiri iaitu syurga Firdaus, 'Adn, Na'im, Ma'wa, Darussalam, Darul Muaaqamah, Al-Muqqamul Amin dan juga Khuldi. Siapakah pula penghuninya? Rasulullah SWA pernah menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud : "Mahukah kalian aku beritahu siapakah di antara kalian yang menjadi penghuni syurga? Nabi berada di syurga. Orang yang jujur berada di syurga. Orang yang syahid berada di syurga. Orang yang mengunjungi saudaranya di pinggiran kota dan ia tidak mengunjunginya kecuali kerana Allah berada di syurga. Dan wanita-wanita kalian menjadi penghuni syurga adalah wanita-wanita yang penyayang yang melahirkan anak banyak. Jika suaminya marah atau ia sendiri marah, maka ia segera meletakan tangannya di atas tangan suaminya lalu berkata : 'saya tidak boleh tidur nyenyak hingga engkau reda kepadaku." (Riwayat An-Nasa'i)

>>Dara.com, m/s 77, edisi 108-jun 2011<<

Saturday, August 13, 2011

Palestin the land of Jihad

Palestin merupakan tanah yang dirahmati Allah. Ianya merupakan kiblat pertama umat Islam sejak solat diwajibkan pada malam Isra' dan Mi'raj. Sehinggalah Allah memerintahkan Rasulullah SAW menghadap ke arah Masjidil Haram sebagai kiblat selepas Masjidil Aqsa dengan Firman Allah:


"Dan dari mana sahaja kamu (Muhammad) berangkat, 
maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. 
Dan di mana sahaja kamu berada,
 maka palingkanlah wajahmu ke arahnya"
(al-Baqarah: 150)

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasmi tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram israel. Nakhbah sendiri bermaksud "Malapetaka atau bencana besar". Peristiwa ini bermula dengan terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.

Siapa manusia yang tidak marah dan tidak geram melihat kebiadaban Israel yang secara jelas sekali terpampam di TV?.  Siapapun manusia yang tidak marah dan tidak geram, maka orang itu tidak punya hati nurani! Tidak usah menjadi seorang muslim, untuk menyatakan tindakan israel itu biadab, seorang kristien, seorang hindu bahkan seorang komunis, kalau dia masih manusia yang mempunyai hati nurani, pasti orang itu akan marah dan geram.

Tapi marah dan geram sahaja tidak menyelesaikan masalah. Israel tetap saja biadab. Amerika, Eropah dan Australia tetap saja menjadi penonton dan dimana perlu siapsiaga menjadi pendukung Isrel! Itu adalah kenyataan! Itulah realiti yang nyata! Dan kita umat manusia Khususnya umat Islam harus menerima kenyataan itu apa adanya! Kita tidak boleh berandai-andai. Realiti yang keras dan menyakitkan hati, memang begitu!!!

Apa yang terjadi di Gaza sekarang hanyalah pengulangan terhadap apa yang dialami Yaser Arafat dan PLO-nya dua puluh tahun yang silam di Yordania dan di Labanon yang dikenali senagai "september hitam".

SAMA-SAMA RENUNGKAN...

Tuesday, June 7, 2011

Senandung Al-Fatihah

Dengan menyebut nama-Mu ya ALLAH yang Maha Pengasih...Penyayang...
Segala puji bagi-Mu ya ALLAH memelihara seluruh alam maya...
Engkaulah Maha pengasih dan penyayang...
yang menguasai hari pembalasan...
Hanyalah kepada-Mu kami menyembah..dan
 pada-Mu kami mohon pertolongan..
Tunjukanlah kami ke jalan yang lurus...
jalan orang-orang yang Kau beri nikmat...
Bukan jalan mereka yang Kau murkai..dan bukan pula jalan mereka yang sesat..
ya ALLAH...

Friday, June 3, 2011

Matahari & Bintang Pelangi

Adakala Allah menyembunyikan matahari kita.. kita merasa sedih, tercari-cari ke mana hilangnya matahari.. rupanya, Allah ingin menghadiahkan bintang pelangi yang indah buat kita...